Monday, November 25, 2019

OBJEKTIF BLOG

Objektif:

1. Untuk memperkenalkan biografi Shaharom Husain kepada masyarakat
2. Untuk mengenal pasti latar pendidikan Shaharom Husain
3. Untuk menyenaraikan karya-karya Shaharom Husain yang meliputi novel, drama, kajian, biografi, umum, dan momoir
4. Untuk menjelaskan sumbangan tokoh dalam konteks sejarah
5. Untuk menyatakan anugerah yang pernah diraih oleh Shaharom Husain

Monday, November 4, 2019

GAMBAR SHAHAROM HUSAIN







BIOGRAFI SHAHAROM HUSAIN









Nama penuh: Dr. Shaharom bin Husain
Nama pena: “Dharmaya”, “Mashhor Malaya”, dan “Shabi”
Tarikh lahir: 4 November 1919 (Selasa)
Tempat lahir: Kampung Peserai, Mukim Tiga, Batu Pahat, Johor Darul Takzim
Alamat: Gapura Sastera, Lot 1736, Kampung Baharu Kempas, Pejabat Pos Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor Darul Takzim
Tarikh kematian: 2 Oktober 2008
Umur ketika meninggal dunia: 88 tahun
Tempat dan masa kematian: Rumah anak sulungnya yang bernama Dr. Mohamed Hatta di Taman Berlian, Gombak pada pukul 7.45 pagi
Tempat dikebumikan: Sebelah kubur isterinya di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah







Nama isteri: Aminah binti Abdul Rashid
Nama anak-anak: Mohamed Hatta, Mustapha Kamal, Muhammad Iqbal, dan Mustafa Kamil




Karya yang mengharumkan nama: Si Bongkok Tanjung Puteri dan Tun Fatimah
Drama pertama:Lawyer Dahlan” atau “Kacang Lupakan Kulit”

Saturday, November 2, 2019

LATAR PENDIDIKAN SHAHAROM HUSAIN


LATAR PENDIDIKAN




1928 hingga 1934 : Sekolah Melayu Peserai, Batu Pahat

1935 hingga 1936 : Sekolah Melayu Bagan Tinggi

1938 hingga 1940 : Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim

1958 : Maktab Perguruan Bahasa, Bukit Senyum, Johor Bahru

1962 : Diploma of Assosiateship B.R. Institute of Career

1963 : Lulus Federation of Malaya Certificate

1968 : Certificate of Merit Distinguished Service As Author

1969 : Universitas Nasional Jakarta dalam Jurusan Bahasa dan Kesusasteraan Indonesia


          : Sarjana Muda Sastera dari Universitas Nasional Jakarta

1989 : Ijazah Kehormat Sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia

2000 : Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Perguruan Sultan Idris

KARYA-KARYA SHAHAROM HUSAIN


KARYA-KARYA SHAHAROM HUSAIN





  1. Drama
  • Tonggak Kerajaan Johor
  • Tun Seri Lanang
  • Harimau Johor
  • Balang Emas
  • Tun Fatimah
  • Si Bongkok Tanjung Puteri
  • Wak Cantuk
  • Di atas Pentas (Antologi Bersama)
  • Lawyer Dahlan
  • Drama-drama Shaharom Husain

2. Kajian
  • Antara Pengarang-pengarang Novel Melayu dan Karyanya
  • Kajian Novel Hantu Laut

3. Biografi
  • Biografi Perjuangan Politik Datuk Onn Jaafar

4. Umum
  • Melihat Australia I
  • Melihat Australia II
  • Berita Hiburan dari Australia (Bersama Ahmad Abdullah)



SUMBANGAN SHAHAROM HUSAIN


SUMBANGAN SHAHAROM HUSAIN DALAM BIDANG PENULISAN








       1.Novel sejarah

Shaharom telah menghasilkan lebih daripada 10 buah novel sejarah dan lima buah buku sejarah. Menurut Shaharom, tujuannya menghasilkan karya berbentuk sejarah adalah untuk menarik minat orang ramai menggemari dan mengasihi sejarah tanah air serta memaparkan kegemilangan kerajaan Melayu masa lampau (Azman Hassan, 1983)

     Novel-novel sejarah Shaharom Husain dapat dibuat penggolongan dari segi temanya. Penggolongan ini adalah seperti perjuangan menentang Portugis, kepentingan diri sendiri dan ketidaksamaan sosial. Antara novel sejarah yang dihasilkan ialah Tun Fatimah, Keris Laksamana Bentan dan Lembing Awang Pulang ke Dayang. 

  Tun Fatimah ialah roman sejarah yang memaparkan ketokohan Tun Fatimah sebagai seorang srikandi Melayu yang cuba memperjuangkan tanah airnya daripada cengkaman Portugis. Bagi memperkukuhkan keperwiraan Tun Fatimah, dia menyamar sebagai lelaki muda semasa berjuang menentang tali barut Portugis tanpa disedari oleh Sultan Mahmud dan anakandanya, Sultan Ahmad. Cerita Tun Fatimah diambil daripada peristiwa kezaliman Sultan Mahmud yang telah membawa kepada perpecahan masyarakat Melayu dan pencerobohan Portugis ke atas Melaka. Satu lagi peristiwa yang menonjolkan keperwiraan Tun Fatimah yang dapat melawan Lopez de Squera dan angkatannya yang cuba hendak menculiknya.

  Novel sejarah Keris Laksamana Bentan mengisahkan zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah di Johor Lama. Baginda mempunyai seorang laksamana yang handal bergelar Laksamana Bentan yang ditugaskan ke Riau dan Jambi untuk menentang musuh. Sepeninggalannya Sultan telah membunuh isterinya yang sedang sarat mengandung kerana mengidam makan nangka kepunyaan raja. Setelah mengetahui peristiwa tersebut, Laksamana marah lalu menderhaka dan membunuh Sultan. Di sini jelas menunjukkan bahawa Sultan mementingkan darjatnya tidak mahu makan sisa lebihan orang bawahan.

  Lembing Awang Pulang ke Dayang pula memaparkan ketidaksamaan sosial dalam masyarakat Melayu lama di Johor. Ketidaksamaan masyarakat sudah lama wujud dalam masyarakat Melayu. Lembing Awang Pulang ke Dayang mengemukakan persoalan adat yang ketat dalam masyarakat Melayu di Johor yang rata-rata berketurunan Bugis. Latar novel ini di Padang dengan seorang gadis manis yang mendapat julukan “Bunga Cempaka Seri Padang” yang bernama Dayang. Awang menaruh hati terhadap Dayang dan dia disuruh oleh sahabatnya untuk melamar Dayang. Pada mulanya agak sukar kerana perbezaan darjat tetapi akhirmya berjaya. Dalam novel ini, pengarang menekankan soal darjat.

  Shaharom mempersembahkan novel sejarahnya kepada beberapa tahap. Tahap permulaan menceritakan tentang situasi kejadian yang berlaku seperti dalam novel Lembing Awang Pulang ke Dayang. Diikuti pula dengan perkembangan cerita seterusnya. Di sini ditimbulkan masalah-masalah dan keragaman konflik yang memberi kesan kepada watak-watak sejarah hingga mencapai klimaks seperti tergambar dalam novel Laksamana Bentan mahupun Tun Fatimah. Akhirnya peleraian dibuat sama ada positif atau negatif dan Shaharom nampaknya agak berjaya dalam eksperimen ini.

Kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa novel sejarah Shaharom memenuhi nilai estetik dan berjaya memikat hati masyarakat untuk mengenangi sejarah masa silam. Penjelasan pengarang tentang tujuan perjuangan watak-watak dalam keseluruhan novelnya adalah menepati perjuangan manusia di alam Melayu. 



       2. Karya umum

Shaharom Husain merupakan seorang penulis yang seba boleh meskipun lebih terkenal sebagai tokoh dramatis dan pengarang novel sejarah, Shaharom juga aktif dalam penulisan lain seperti rencana, penulisan berbentuk kajian, buku pengembaraan dan buku sejarah. Kebanyakkan tulisan-tulisan ini telah diterbitkan dalam majalah dan akhbar dan ada sesetengahnya telah dibukukan.



       3.Penulisan Rencana 

Perkembangan akhbar dan majalah pada tahun 1940-an dan 1950-an telah memberi peluang kepada Shahrom untuk menerbitkan artikel-artikelnya. Artikelnya pernah tersiar tidak kurang dalam lima belas buah akhbar dan majalah. Antara majalah yang pernah menyiarkan artikelnya ialah Lembaga Melayu, Lembaga, Warta Ahad, Warta Jenaka, Cenderamata dan sebagainya.

  Selain itu, Shaharom juga turut menulis artikel-artikel berunsur sejarah. Contohnya artikel yang tersiar dalam Merdeka yang bertajuk ‘Kawat Bantahan kepada Kerajaan British’. Melalui rencana ini Shaharom menulis tentang bantahan raja-raja Melayu terhadap Malayan Union. Begitu juga dalam artikel ‘British Desak Raja-raja Melayu Serah Kuasa’.

  Shaharom cenderung menulis tentang sejarah Tanah Melayu semasa perjuangan Dato’ Onn Jaafar. Misalnya ‘Seruan pada Orang Melayu’ yang memaparkan bagaimana Dato’ Onn menyeru orang Melayu supaya bersatu padu mempertahankan bangsa Melayu dan memperjuangkan kemerdekaan yang hakiki (Shaharom Husain, 1985). Shaharom juga menulis artikel tentang perjuangan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang diasaskan oleh guru-guru Sekolah Melayu Lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjong Malim dengan artikelnya yang bertajuk ‘Kesatuan Melayu Muda Ditubuhkan di Seluruh Malaya’.

Kesimpulannya, kebanyakan rencana Shaharom Husain adalah bercorak sejarah dan nasionalisme. Melalui rencana-rencananya, Shaharom berjuang membangkitkan semangat nasionalisme bangsa Melayu pada tahun 1950-an (Mohd. Zin Idros, 1972:28).



       4. Buku-buku kajian kesusasteraan

Shaharom Husain telah menerbitkan buku sastera yang bertajuk Antara Pengarang Novel Melayu dan Karyanya. Dalam buku ini, Shaharom mengemukakan riwayat hidup dan karya pengarang novel dan tokoh-tokoh besar sastera Melayu kita. Dalam buku ini juga, Shaharom memberi ulasan tentang lima orang pengarang novel Melayu iaitu Ahmad Bakhtiar, Harun Aminurrashid, Ishak Hj. Muhammad, Abdullah Sidek dan Edrus.

Sebuah lagi buku bercorak kesusasteraan karangan Shaharom ialah Memahami dan Meringkas Karangan. Buku ini adalah untuk memberi latihan kepada pelajar sekolah menengah, guru pelatih dan mereka yang mencintai bahasa dan kesusasteraan ibunda supaya dapat memahami segala fikiran dan kandungan sesuatu karangan.



       5.Buku sejarah




Sebagai ahli sejarawan dan pensyarah sejarah di MPSI, Shaharom banyak membuat kajian sejarah Johor. Hasil daripada kajian itu beliau telah menerbitkan sebuah buku sejarah yang bertajuk Tawarikh Johor. Tujuan penulisan beliau ini adalah untuk diajar kepada murid dan supaya kita sama-sama memahami sedikit sebanyak sejarah negeri kita sendiri (Shaharom Husain,1980). Buku ini khas berkenaan dengan negeri Johor.

  Selain itu, terdapat beberapa buah lagi buku sejarah yang dikarang oleh Shaharom Husain seperti Kesan Sejarah Tanahair (1956), Tunggak Kerajaan Johor (1958), dan secebis sejarah Tiga Zaman Raja- Sultan Johor Moden (1966). Selain buku sejarah, beliau juga menulis buku pengembaraan. Sebagai contoh, Melihat Australia I dan II. Buku ini merupakan catatan pengalaman dan pemerhatian ketika berkunjung ke Australia untuk menyertai Jambori Pengakap selama tiga bulan.

Secara keseluruhannya, tulisan-tulisan Shaharom dapat memberi manfaat kepada pembaca dan juga memberi semangat perjuangan kepada bangsa Melayu. Di samping itu juga, tulisan-tulisan sejarahnya dapat membuatkan masyarakat kembali mengenang sejarah silam. Baik dalam penulisan drama atau pun novel, tumpuan utama karya Shaharom Husain adalah sejarah. Kita dapat menyimpulkan daripada karya-karyanya itu tumpuannya banyak kepada kerajaan Melaka dan Johor. 









SUMBANGAN SHAHAROM HUSAIN DALAM BIDANG DRAMA




Shaharom merupakan seorang tokoh penting dalam bidang penulisan terutama dalam bidang drama sejarah. Beliau mengarang novel dan menghasilkan skrip drama daripada novel yang dihasilkan untuk dipentaskan bagi menarik minat masyarakat terhadap sejarah tempatan. Sememangnya beliau merupakan tokoh yang banyak menyumbang kepada perkembangan sasterawan negara terutama dalam bidang penulisan dan teater. Kebanyakkan drama yang dipentaskan berkaitan dengan sejarah negeri Melaka dan Johor.

        Skrip drama pertama yang dihasilkan oleh beliau dihasilkan bertajuk Pembelot yang mana dipentaskan buat kali pertama sekitar tahun 1930-an. Pada permulaan mementaskan drama Pembelot, drama ini tidak langsung dimasukkan sebarang tarian dan nyanyian. Sebaliknya, drama ini hanya mementaskan lakonan yang dipentaskan buat kali pertama di Singapura. 

          Tahun 1941 merupakan tahun yang amat bermakna kepada Shaharom dan seluruh masyarakat Tanah Melayu kerana berlaku perkembangan drama. Hal ini demikian kerana beliau telah berjaya menghasilkan sebuah drama moden yang bertajuk Lawyer Dahlan yang mana ditemui dalam keadaan daif. Drama ini telah dipentaskan pada tahun berikutnya, iaitu pada zaman penjajahan Jepun dan merupakan drama moden yang pertama dipentaskan. Drama ini menceritakan tentang perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan dalam pemerintahan. Oleh kerana berlaku penjajahan Jepun, tidak banyak drama atau bangsawan dipentaskan pada zaman pemerintahan Jepun kerana terlalu banyak sekatan yang dibuat. Walaupun begitu, drama ini menjadi salah satu drama yang paling ulung tanah air sehingga ke hari ini.

Selain itu, karya beliau iaitu Tun Fatimah yang diterbirkan sebagai sebuah novel turut dipentaskan. Novel ini dikarang semasa beliau berada di Maktab SITC (Sultan Idris Training Collage) sekitar tahun 1948 dan kemudian dipentaskan pada tahun 1953 di Johor Baharu. Drama yang dihasilkan ini berkisar tentang kejatuhan kerajaan Melayu Melaka ke tangan penjajah barat iaitu Portugis pada tahun 1511. Drama ini menceritakan tentang perjuangan seorang tokoh wanita Melayu dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan Melaka daripada pembelotan yang dilakukan oleh tali barut Portugis. Karya ini turut menceritakan kehidupan dan perjuangan dengan menyelitkan kepincangan yang dilakukan oleh pembesar supaya dapat menjadi pengajaran dan panduan dalam dalam perjuangan kini dan masa mendatang.

Seterusnya, Shaharom juga mengarang novel sejarah Korban Kuala Kubu Karam dan digubah oleh beliau sendiri menjadi drama pada tahun 1965 yang telah dipentaskan beberapa kali di Johor Baharu. Drama ini berkisar tentang tragedi yang berlaku pada tahun 1883 yang mengorbankan beribu nyawa akibat air hujan yang deras yang telah memecahkan empangan di Kuala Sungai. Melalui drama ini, beliau menyelitkan nasihat seperti batas-batas percampuran teruna dara, petua dan nasihat orang-orang tua jangan diabaikan, jangan menurut ketua yang menyeleweng dan sebagainya.

  Drama Si Bongkok Tanjung Puteri merupakan karya Shaharom yang paling terkenal dan telah banyak kali dipentaskan di merata-rata Tanah Malayu dan Singapura terutama sekitar tahun 1960-an. Skrip drama ini ditulis sebaik sahaja Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Karya seni ini bertepatan dengan kemerdekaan negara dalam usaha memperteguhkan keyakinan dan semangat patriotik dalam dalam kalangan orang Melayu pada waktu itu. Hasil nukilan beliau ini dijalin berdasarkan kepada kisah benar yang dianggap sebuah sejarah daripada cerita lisan orang-orang tua yang masih lagi menekankan unsur-unsur lama seperti tarian dan nyanyian latar.

  Di samping itu, drama Tun Seri Lanang merupakan drama sejarah yang telah dihasilkan oleh Shaharom bagi memenuhi tema sempena Minggu Bahasa Kebangsaan di SITC. Penuntut SITC telah berjaya mementaskan drama ini untuk beberapa kali sekitar akhir tahun 1950-an. Bahkan drama ini telah berjaya menarik minat Pustaka Melayu Singapura untuk dibukukan pada tahun 1959. Hal ini demikian kerana drama berkenaan adalah berkaitan dengan sejarah berkaitan dengan seorang tokoh pujangga Melayu iaitu Tun Seri Lanang. Buku berkanaan memaparkan keperibadian Tun Seri Lanang dan jasa beliau dalam memperkembangkan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Drama ini dipentaskan bagi membolehkan masyarakat mengenali dan mengetahui peribadi terpuji tokoh Melayu terutama Tun Seri Lanang.

Terdapat banyak lagi drama yang diadaptasi daripada karya sastera beliau sendiri terutama novel-novel. Antara contoh lain drama yang pernah dipentaskan oleh beliau ialah Sateria Jaya, Harimau Johor, Balang Mas, Bendahara Tepok, Keris Laksamana Bentan, Tongkat Kerajaan Johor, Di Atas Pentas dan banyak lagi. Minat Shaharom untuk menghasilkan drama sentiasa berkobar-kobar membolehkan beliau mementaskan banyak drama terutama berkaitan sejarah. Untuk memperoleh pengalaman berkaitan bidang drama, beliau sentiasa belajar dan banyak menonton sandiwara hasil persembahan luar negeri seperti Indonesia dan Barat.

Kesemua karya Shaharom dalam pementasan drama menampakkan berlaku sedikit perubahan dari zaman penjajahan kepada selepas merdeka terutama dari segi gaya dan struktur penulisan skripnya. Drama-drama yang dipentaskan berlandaskan kepada sejarah atau sebenarnya berlandaskan kepada realiti kehidupan masyarakat sekitar tanpa wujud sebarang unsur khayalan. Berdasarkan kesemua skrip yang dihasilkan, beliau masih cuba untuk mengekalkan penggunaan bahasa lama dan rima yang sesuai dengan latar zaman sesuatu peristiwa. Tujuan pementasan drama yang dilakukan oleh beliau sebenarnya supaya para penonton mengambil iktibar dan pengajaran dan supaya orang ramai tidak melupakan tradisi serta nilai-nilai tradisional orang Melayu.  

ANUGERAH SHAHAROM HUSAIN


Anugerah yang diperolehi Allahyarham DrShaharom  Husain




  • Diploma of Associateship B.R Institute of Career, Sydney, Australia pada tahun 1962
  • Federation of Malaya Certificate (FMC) tahun 1963
  • Certificate of Merit for Distinguished Service As Educator And Author dari Badan Penerbitan Antarabangsa yang Beribu Pejabat di Kota London. Nama dan biodata Shaharom Husain turut tercetak di halaman Dictionary of International Biography, 1968.
  • Diploma The Two Thousand Men of Achievement sebagai karyawan dan pencipta. Biodata Shaharom Husain turut terakam di halaman buku The Two Thousand Men Achievement, 1969.
  • Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universitas Nasional Jakarta pada tahun1973
  • Anugerah Tokoh Guru Berjasa pada tahun 1983
  • Anugerah Tokoh Guru Peringkat Kebangsaan pada tahun 1984
  • Ijazah Kehormat Sarjana Persuratan dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1989
  • Anugerah Tokoh Budaya Johor pada tahun 1991
  • Kurniaan Bintang Setia Mahkota Johor Yang Amat Mulia (S.M.J) pada tahun 1992
  • Anugerah Tokoh Guru Maktab Perguruan (Berjasa), dari Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bharu
  • Anugerah Tokoh Suluh Budiman dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim pada tahun 1997
  • Ijazah Kehormatan Doktor Persuratan Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun 2000
  • Anugerah Suluh Budiman sebagai Tokoh Guru Malaysia peringkat kebangsaan bagi kategori anak didik SITC, IPSI dan UPSI.

SLAID



SLIDE


Untuk rujukan berdasarkan slide , boleh tekan link di bawah. 



                          ⏬⏬⏬⏬


https://drive.google.com/file/d/1IVc655Zmc27W3uWq0maXj180HsACRZaG/view?usp=drivesdk

Monday, October 14, 2019

POWTOON


POWTOON

Anda boleh menonton video berkenaan tokoh Shaharom Husain yang telah kami hasilkan menggunakan kaedah Powtoon. Sama-sama kita saksikan.



@tekan link dibawah
⏬⏬⏬

https://drive.google.com/file/d/1IXLmcV68JvUCfORWZZs0DFcAqDHTQMr5/view?usp=drivesdk

OBJEKTIF BLOG

Objektif: 1. Untuk memperkenalkan biografi Shaharom Husain kepada masyarakat 2. Untuk mengenal pasti latar pendidikan Shaharom Husain 3....